
GEORGE TOWN, 12 Mei – Kerajaan akan memperluaskan peranan pusat sehenti Prismanita sebagai platform utama membantu wanita yang berdepan masalah keganasan rumah tangga, penceraian serta isu kewangan.
- Prismanita akan bekerjasama rapat dengan PDRM dan Kementerian Kesihatan untuk memperkukuh sokongan kepada wanita yang memerlukan.
- Prismanita sebagai pusat sehenti memberi khidmat nasihat, sokongan dan bimbingan pengurusan kewangan di setiap negeri.
- PDRM melaporkan peningkatan kes keganasan rumah tangga; masyarakat diminta menjadi mata dan telinga dengan membuat laporan segera.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying berkata, pusat itu akan terus diperkasa dan menjadi nadi kaum hawa dalam negara.
Menurut beliau, Prismanita akan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan bagi memperkukuh sokongan kepada wanita yang memerlukan bantuan.
“Prismanita diwujudkan sebagai pusat bantuan menyeluruh atau ‘one-stop centre’ untuk golongan wanita mendapatkan khidmat nasihat dan sokongan.
“Wanita yang menghadapi masalah kewangan atau tidak tahu menguruskan kewangan keluarga juga boleh mendapatkan bimbingan dan advokasi di pusat tersebut yang kini diwujudkan di setiap negeri,” katanya selepas merasmikan Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga Aku Wanita@KRT 2026, di sini.
Beliau berkata, rekod PDRM menunjukkan peningkatan kes keganasan rumah tangga, iaitu peningkatan ketara,iaitu 7391 kes pada tahun 2025 berbanding 7116 pada tahun sebelumnya.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan, statistik PDRM menunjukkan kes keganasan rumah tangga meningkat kepada 7,391 kes pada 2025 berbanding 7,116 kes pada tahun sebelumnya.
Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat dapat menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan melaporkan segera sebarang kes jenayah itu yang berlaku di persekitaran mereka.