fb fb fb fb fb

Perkasa penerangan dan komunikasi antara Malaysia, Singapura

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCM) Bidang Penerangan dan Komunikasi antara Malaysia dan Singapura dijadual berlangsung pada 4 Februari ini di ibu negara.

Pertemuan siri ke-6 itu akan menyentuh mengenai memorandum persefahaman (MoU) yang ditandangani dalam lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura, tiga hari lalu.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kerjasama dengan negara Kota Singa tersebut akan terus diperkukuh demi menjamin masa depan lebih cerah.

"Maka, kerjasama antara kedua-dua negara ini sangat penting bagi menangani beberapa isu antaranya, isu scam dan data peribadi. Ini kerana kita ada pusat pemprosesan data di Kulai dan Sedenak.

"Daripada aspek tersebut aset-aset ini merupakan pelaburan syarikat-syarikat asing dapat dimanfaatkan bagi negara dengan kerjasama Singapura. Ini antara perkara akan dibincangkan," katanya dalam program Ruang Bicara di Wisma BERNAMA.

Tiga MOU antara Malaysia dan Singapura dimeterai dalam lawatan rasmi sehari perdana menteri dan delegasinya ke negara republik itu melibatkan aspek keselamatan siber, digital dan ekonomi hijau.

(Fahmi Fadzil)

Media Baharu