SINGAPURA, 31 Mei- Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Josephine Teo, pada acara Asia Tech X Singapore 2022.
Fokus pertemuan tertumpu kepada perbincangan mengenai kerjasama digital rentas sempadan dan isu pembangunan ekonomi digital yang stabil.
(Tan Sri Annuar Musa bersama Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Brunei Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib)
Perkara sama turut dibincangkan dalam pertemuan Tan Sri Annuar dengan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Brunei, Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib.
Beliau juga turut bertemu rakan sejawatan dari Indonesia Johnny G Plate di luar Asia Tech x Singapore, ATxSG 2022.
ATxSG melibatkan acara ATxSummit dengan undangan secara eksklusif, diadakan di The Ritz-Carlton, Millenia dan ia dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura dan Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi, Heng Swee Keat.