KUALA LUMPUR, 31 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu semangat persaudaraan, persahabatan dan perpaduan yang menjadi budaya dan amalan hidup rakyat memantapkan semangat Keluarga Malaysia.
"Bersempena Hari Gawai yang akan disambut esok, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada Keluarga Malaysia kaum Dayak di Sarawak,"
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri percaya perayaan Hari Gawai tahun ini kembali diraikan dalam suasana yang meriah selepas dua tahun menghadapi pandemik COVID-19.
"Saya pasti Hari Gawai pada tahun ini kembali diraikan dalam suasana meriah setelah dua tahun dikekang oleh Covid-19,
"Semoga semangat persaudaraan, persahabatan dan perpaduan yang selama ini menjadi budaya dan amalan hidup kita memantapkan lagi semangat Keluarga Malaysia," katanya.
(Hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Facebook)
Beliau juga mahu Keluarga Malaysia mengambil peluang untuk kunjung-mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai tanpa mengabaikan keselamatan diri dan orang sekeliling.
Perayaan Hari Gawai menandakan bermulanya musim baharu penanaman padi yang membawa nafas baharu kepada masyarakat Sarawak.