fb fb fb fb fb

PM arah kementerian percepat projek pembangunan

KUALA LUMPUR, 31 Mei - Setiap kementerian telah diminta untuk mempercepat projek pembangunan kerana ia memberikan kesan berganda khususnya untuk menggerakkan ekonomi akar umbi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan perkara itu dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara yang berlangsung di Putrajaya.

Menerusi hantaran di Facebook beliau menjelaskan di bawah Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM40.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan asas.

"Pada masa sama, kerajaan memberikan perhatian serius kepada kenaikan harga bahan binaan," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, intervensi segera juga akan diambil oleh agensi terbabit, bagi mengawal kenaikan harga bahan binaan kerana ia memberi kesan kepada projek-projek pembangunan.

Media Baharu