KANGAR, 5 Januari- Sebelas peratus kawasan hutan yang belum diteroka perlu dipelihara bagi mengelak tragedi buruk seperti banjir besar.
Pemerkasaan alam sekitar melibatkan masyarakat perlu diberi penekanan selaras pelbagai akta, peraturan, polisi dan garis panduan yang diwujudkan.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, langkah tersebut perlu untuk mengelak berlakunya malapetaka pada masa hadapan seterusnya mendatangkan kesusahan kepada rakyat.
"Kerana itu saya telah menegaskan untuk negeri perlis ini, untuk tidak berlaku tragedi yang sama, di dalam perancangan pembangunan, kita harus mengambil kira akan keadaan semulajadi negeri ini.Kita ada laluan-laluan air semulajadi yang kita tidak boleh ganggu..kalau kita ganggu ia akhirnya akan menimbulkan implikasi-implikasi lain", katanya selepas melancarkan Inisiatif Kebangkitan Perlis 2022-2025 bagi memulihkan ekonomi, kesihatan dan sosial yang terjejas akibat pandemik ke arah Perlis Negeri Bandaraya 2030.