fb fb fb fb fb

Banjir Johor: penduduk terjejas di PPS lepasi 5000 orang



JOHOR, 5 Januari
- Bilangan penduduk terjejas yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Johor melepasi angka lima ribu orang setakat jam 9 pagi tadi.

Laman sesawang Info Bencana Jabatan kebajikan Masyarakat menunjukkan, seramai 5,546 penduduk terjejas daripada seribu 478 keluarga.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan, berbanding 5 ribu 243 penduduk setakat jam 11 malam tadi.

Segamat masih menjadi daerah paling terus terjejas akibat banjir di negeri itu daripada keseluruhan lapan daerah lain.

Kesemua penduduk terjejas ditempatkan di 82 PPS.

Media Baharu