fb fb fb fb fb

Dua sungai di Johor, catat bacaan lepasi paras bahaya

JOHOR, 5 Januari- Dua sungai di Johor mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya.

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai terbabit di Segamat dan Tangkak.

Bacaan di Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat mencatatkan bacaan 20.85 meter, melebihi paras bahaya 19.85 meter.

Manakala Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur mencatat bacaan 4.07 meter yang melebihi paras bahaya empat meter.

Sementara itu, empat sungai lagi berada pada paras amaran dan lima sungai lagi dilaporkan berada pada paras waspada.

Media Baharu