fb fb fb fb fb

Banjir Sabah: penduduk terjejas di PPS terus meningkat.

SABAH, 5 Januari- Bilangan penduduk terjejas banjir di Sabah yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus meningkat.

Seramai 3,385 penduduk terjejas berlindung di 30 PPS setakat lapan pagi tadi.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Kota Marudu mencatatkan bilangan penduduk terjejas tertinggi iaitu seramai 2,668 orang daripada 1,120 keluarga.

Seramai 319 penduduk daripada 120 keluarga pula ditempatkan di empat PPS di Pitas.

Tujuh PPS di Telupid pula dibuka membabitkan 216 penduduk terjejas.

Manakala di Sandakan, seramai 45 penduduk daripada tujuh keluarga ditempatkan di sebuah PPS.

Media Baharu