fb fb fb fb fb

Perjumpaan PM, MIC menunjukkan kebersamaan, solidariti Kerajaan Perpaduan

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ketika menghadiri program ramah mesra bersama
jentera PDM Kantan Permai di Kajang, Selangor)

KAJANG, 2 Ogos- Perjumpaan khas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kepimpinan MIC Kebangsaan menunjukkan kebersamaan dan solidariti dalam kalangan parti di bawah Kerajaan Perpaduan dan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada pertemuan itu, MIC juga menyatakan pandangan dan hasrat bagi menjayakan agenda Kerajaan Perpaduan serta menunjukkan komitmen untuk membantu memenangkan calon BN dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN Ke-15) di enam negeri kali ini.


(Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

"Saya lihat bahawa keikhlasan MIC itu jelas dari ucapan mereka. Saya menyantuni bukan sahaja beliau, Timbalan Presiden dan beberapa pemimpin yang lain dan saya dapati dari ucapan tadi beliau menyokong sepenuhnya bukan sahaja calon BN tetapi calon-calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan.

"Ini adalah satu sikap yang baik dan harus dihargai oleh 19 parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan ini", katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program ramah mesra bersama jentera PDM Kantan Permai di Kajang, Selangor petang tadi.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO itu juga menjelaskan, keberadaan kepimpinan MIC dalam BN masih teguh dan jelas menterjemahkan perpaduan yang terus utuh dipertahan sejak 1973.

Media Baharu