fb fb fb fb fb

Perjuangan tuntutan MA63 masih diteruskan- Fadillah

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Usaha menyelesaikan beberapa tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih diteruskan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau yakin semua perkara berkaitan tuntutan dan pelaksanaannya akan dapat diselesaikan.

Jelasnya, keutamaan kerajaan negeri Sarawak kini tertumpu kepada usaha memakmurkan serta membangunkan sumber manusia bagi meningkatkan ekonomi dan hasil Sarawak.

"MA63 sedang kita perjuangkan oleh ahli-ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri. Insya-Allah kita akan dapat capai, tetapi yang lebih utama adalah pengisian bagaimana untuk kita terus memakmurkan negeri Sarawak dengan membangunkan sumber manusia kita,"katanya.

Beliau ditemui media selepas melawat Pameran Digital 60 Tahun Sarawak Merdeka sempena LBAS 2023.

Terdahulu, antara isu yang diketengahkan berkait perjanjian itu antaranya perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, pembangunan infrastruktur asas, soal kebajikan Sarawak serta meningkatkan tahap keselamatan khususnya kawasan sempadan.

(FOTO BERNAMA)

Media Baharu