fb fb fb fb fb

Perjuangan Palestin seiring pembangunan dan ekonomi negara - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA

GOMBAK, 11 April- Malaysia akan terus memperjuangkan isu Palestin tanpa mengetepikan pembangunan negara, kepentingan rakyat dan pertumbuhan ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia penting bagi memastikan keseimbangan sokongan yang diberikan selari peranan Malaysia dalam membantu perjuangan pembebasan Palestin.

"Pastikan kita mentadbir dengan baik serta melindungi kepentingan rakyat. Itu jawapannya. Bukan memendekkan tetapi untuk jangka panjang. Jika lemah, kita akan mensia-siakan kekayaan, mungkin akan ditindas dan disalahgunakan dan tiada apa yang boleh kita lakukan.

Kita akan terus membangkitkan isu itu kerana kita akan melindungi kepentingan negara. Tanpa kepentingan ekonomi dan kekayaan, kita tidak dapat membantu mereka. Sudah tentu kita mendapat sokongan yang kuat," kata Datuk Seri Anwar kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab pada program "Meet Anwar@IIUM: A Special Homecoming" di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini.

Dalam masa sama, Anwar turut menegaskan bahawa pentingnya untuk memberi tumpuan kepada kestabilan politik agar ruang eksploitasi terhadap negara tidak terganggu sekali gus melancarkan urusan bantuan kepada pihak luar.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM