fb fb fb fb fb

Perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia dijelaskan di Parlimen

(Datuk Seri Anwar berkata segala pertanyaan berkait hal itu akan dijawab semasa sesi
PMQ dalam persidangan Dewan Rakyat esok)

PUTRAJAYA, 12 Jun- Isu berbangkit berhubung perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang ditandatangani beberapa hari lalu akan dijelaskan di Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata segala pertanyaan berkait hal itu akan dijawab semasa sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) dalam persidangan Dewan Rakyat esok.

"Saya akan jawab di Parlimen dan biar mereka ada di situ untuk hujah esok saya ingat, esok PMQ. Saya harap mereka hadir," kata Anwar dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di sini.

Terdahulu, wujud dakwaan Perdana Menteri mengabaikan nasihat pakar maritim agar perjanjian itu tidak ditandatangani kerana membabitkan soal kedaulatan negara.

Perjanjian itu ditandatangani ketika lawatan kerja dua hari Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menyaksikan pertukaran enam instrumen dua hala yang ditandatangani kedua-dua negara di Kompleks Seri Perdana, di sini.

(Datuk Seri Anwar (kiri) ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MTEN)

Media Baharu