fb fb fb fb fb

Garis panduan anjur pelbagai acara dikeluarkan kepada pengusaha hotel

BATU PAHAT, 12 Jun - Satu garis panduan berhubung penganjuran pelbagai acara yang mematuhi syarat akan diserahkan kepada pengusaha hotel dan rumah inap desa di Johor.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled berkata, ia bagi menghalang sebarang acara yang melanggar syariat dianjurkan di negeri itu.

Katanya, tindakan diambil susulan wujud pelbagai cubaan menganjurkan pelbagai acara tidak bermoral di Johor.

"Kita juga selepas ini akan jumpa pengusaha-pengusaha pusat pelancongan dan juga rumah rumah kediaman hotel untuk berikan garis panduan tentang apa yang boleh dan tidak boleh di negeri Johor..ya..menghalang dan mencegah," kata Mohd Fared, di sini.

(Mohd Fared ditemui pemberita RTM)

Beliau memaklumkan, acara tidak bermoral yang dijangka akan diadakan pada 20 Jun itu berjaya dihalang hasil komitmen pelbagai pihak.

Media Baharu