fb fb fb fb fb

Perjanjian Petronas-ADNOC buka lembaran baharu kerjasama strategik

(FOTO Istana Negara)

KUALA LUMPUR, 6 Disember- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa sukacita dengan kerjasama antara PETRONAS dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC).

Menurut Seri Paduka Baginda, kerjasama itu secara langsung mengiktiraf dan membuktikan keupayaan syarikat Malaysia bersaing di peringkat global.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar kerjasama itu membuka lembaran baharu kerjasama strategik dalam pelbagai sektor ekonomi antara kedua-dua negara demi kepentingan dan kemakmuran bersama.

PETRONAS Abu Dhabi Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh PETRONAS, pada ISNIN telah menandatangani perjanjian bersejarah dengan ADNOC untuk meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 meliputi kawasan konsesi seluas 2,000 kilometer persegi di wilayah Al Dhafra.

Perjanjian ditandatangani Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS Datuk Tengku Muhammad Taufik dan Menteri Industri dan Teknologi Maju UAE serta Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan ADNOC Dr Sultan Ahmed Al Jaber.

Ia disaksikan oleh Al-Sultan Abdullah dan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

(Foto Istana Negara)

Media Baharu