fb fb fb fb fb

Isu RM600 bilion, jangan cabar kerajaan - PM

PUTRAJAYA, 6 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak mencabar kerajaan berhubung isu penyelewengan RM600 billion di bawah pentadbiran PN sebelum ini.

Tegas beliau, berdasarkan maklumat yang diperoleh, sememangnya wujud beberapa proses dan prosedur yang tidak dipatuhi dalam perbelanjaan dana berkenaan yang dibuat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat sebelum ini.

"Jadi saya ingin jelaskan bukan maksud saya, sepertimana (saya kata) saya nak tumpu perhatian mengurus negara, memacu pertumbuhan ekonomi dan memberi kebajikan kepada rakyat. Tetapi sebaik dicabar, kita terpaksa melihat.

“Mereka boleh uar-uarkan bersih tidak bersih, (tetapi) tidak bersih sama sekali bila kita sebut tentang kelulusan yang dibuat tidak ikut peraturan, begitu juga kelulusan yang dibuat semasa PKP."

Beliau berkata demikian pada sidang media pertamanya sebagai Menteri Kewangan, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Terdahulu Datuk Seri Anwar tiba pada pukul 7.57 pagi di Kementerian Kewangan utuk memulakan tugasnya sebagai Menteri Kewangan.

Beliau telah disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Johan Mahmood Merican, pegawai kanan dan warga kerja kementerian berkenaan.

Media Baharu