fb fb fb fb fb

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan mulakan tugas

PUTRAJAYA, 6 September- Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor King tiba di bangunan kementerian sekitar jam 8.50 pagi dan mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas rasmi.

Ketibaannya disambut Ketua Setiausaha kementerian, Datuk M. Noor Azman, pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi dan kakitangan kementerian.

Beliau mengadakan lawatan ke pejabatnya di Aras 18 sebelum mengadakan sidang media, seterusnya ke Bilik Mesyuarat bagi sesi taklimat kementerian yang diadakan secara tertutup.

(Ketibaannya disambut Ketua Setiausaha kementerian, Datuk M. Noor Azman, pegawai-
pegawai Pengurusan Tertinggi dan kakitangan kementerian)

Media Baharu