fb fb fb fb fb

Perintah reman tujuh suspek kes rogol dilanjut

Tujuk suspek tiba di perkarangan Mahkamah Kemaman kira-kira pukul 10.00 pagi diiringi polis

KEMAMAN, 14 November - Mahkamah Majistret Kemaman melanjutkan perintah reman selama tiga hari lagi hingga Khamis ini terhadap tujuh suspek, termasuk lima remaja lelaki bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Perintah lanjutan reman ke atas semua suspek berusia 14 hingga 19 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin hari ini.
 
Lanjutan reman itu bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
 
Sebelum itu, ketujuh-tujuh suspek berkenaan tiba di perkarangan Mahkamah Kemaman kira-kira pukul 10.00 pagi dengan diiringi polis.
 
Sebelum ini kesemua suspek telah direman enam hari selepas seorang remaja perempuan membuat laporan mendakwa dirogol bergilir-gilir di sebuah rumah di Kijal, Julai tahun lalu.
 
Mangsa mendakwa, sebelum kejadian dia telah dibawa salah seorang kenalannya ke sebuah rumah sebelum dirogol tujuh lagi lelaki lain.
 
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan, berkata hasil pemeriksaan perubatan terhadap mangsa mendapati terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa.
 
Menurut Superintenden Hanyan, kesemua suspek termasuk beberapa suspek yang tidak berasal dari negeri ini, ditahan sejurus laporan polis dibuat di lokasi berasingan.
 

TETITIA YUSOFF