fb fb fb fb fb

KKDW sasar 1 juta 'huffaz cilik dalam tempoh 10 tahun

FOTO HIASAN/FOTO RTM

TEMERLOH, 14 November- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan sejuta kanak-kanak yang menerima pendidikan awal menerusi program Program Tabika Pra Tahfiz Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menjadi celik Al-Quran dalam tempoh 10 tahun.

Sebanyak 10,843 Tabika KEMAS di seluruh negara terlibat bagi memperkasakan pendidikan Al-Quran kepada kanak-kanak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, menjelang 2026, Tabika KEMAS mampu melahirkan seramai 100,000 huffaz kanak-kanak.

"Insya-Allah. Jika setiap tiga tahun kita dapat melahirkan 100,000 kalau tidak huffaz pun tetapi adalah mereka yang celik kepada Al-Quran.

"Kami mempunyai matlamat untuk mewujudkan 1 juta huffaz dikalangan anak-anak tadika ini untuk celik Al -Quran melalui kerjasama dari Yayasan Pahang", kata Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Daerah Temerloh, di Dewan Tun Razak, di sini.

Minggu lalu, KKDW melalui jabatannya, KEMAS dan Yayasan Pahang telah menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoA) bagi melaksanakan Program Tabika Pra Tahfiz Kemas.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD