POKOK SENA, 1 Februari- Perintah Gaji Minimum baharu yang berkuatkuasa hari ini diharap dapat dilaksanakan dengan baik oleh majikan.
Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mahfuz Omar berkata kerjasama majikan itu dapat membantu meningkatkan ekonomi negara melalui pengaliran wang dalam pasaran.
"Pelaksanaan Gaji Minimum ini satu yg sangat dinanti-nantikan oleh golongan pekerja di peringkat swasta walaupun perkara ini bukan perkara yang menggembirakan majikan.
"Para pekerja mahu gaji lebih tinggi, jadi kerajaan membuat wajaran dan pertimbangan sebagai orang tengah antara majikan dan pekerja," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan menerusi Program Jom ke Sekolah anjuran Pertubuhan Peduli Aman dengan Kerjasama Yayasan Taqwa di sini.
Sumbangan berjumlah RM50,000 diberikan kepada 300 penerima kurang berkemampuan serta penduduk ter jejas banjir di daerah itu tahun lalu.