fb fb fb fb fb

Perikanan Kedah tahan empat bot pukat tunda ceroboh kawasan

FOTO JABATAN PERIKANAN NEGERI KEDAH

KUALA KEDAH, 1 Oktober - Jabatan Perikanan Negeri Kedah menahan empat buah bot pukat tunda kerana menceroboh kawasan pesisir pantai, awal pagi tadi.

Penahanan dilakukan oleh enam anggota Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Kelunchor selepas menerima aduan nelayan.

Pengarah Perikanan Negeri Kedah, Sukri Deris berkata, 18 nelayan warga Thailand turut ditahan dalam operasi yang dijalankan di perairan Pulau Segantang pada jarak 8.9 hingga 9.5 batu nautika.

“Aggaran nilai sitaan hasil tangkapan serta bot dan peralatan menangkap ikan ini adalah berjumlah RM2 juta. Kes telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Kelunchor untuk tindakan lanjut,” katanya satu kenyataan.

Mereka akan disiasat bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985, kerana melanggar syarat lesen dengan beroperasi kurang daripada 15 batu nautika dari pantai atau pulau terdekat dan juga dari pantai negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Tegas beliau, syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan perlu dipatuhi oleh semua komuniti nelayan.

Katanya, syarat-syarat berkenaan bertujuan untuk memastikan sumber perikanan dieksploitasi secara berhemah demi kelestarian dan manfaat bersama seluruh golongan nelayan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE