fb fb fb fb fb

Perhilitan Johor siasat empat ekor gajah mati di Kluang

Keempat-empat ekor gajah yang ditemukan mati itu dipercayai diracun

KLUANG, 1 Jun- Susulan penemuan bangkai empat ekor gajah di kawasan Kahang Timur, Kluang, Johor.
 
Jabatan Perhilitan Negeri Johor akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca haiwan tersebut mati.
 
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon memaklumkan, sampel daripada bangkai-bangkai gajah telah diambil.
 
Beliau akan memantau kes berkenaan yang tular mendakwa keempat-empat ekor gajah itu diracun.
 
Gajah yang mati merupakan seekor gajah betina dewasa dan tiga ekor anak gajah jantan.
 
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membuat laporan mengenai kes kepada pihak polis atau Jabatan Perhilitan.
 
Beliau juga menggesa orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri dalam mendepani Konflik Gajah-Manusia.
 
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE