fb fb fb fb fb

Pergiat Program ReDI secara menyeluruh, tingkatkan penggunaan digitalisasi dalam kalangan peniaga

(Datuk Seri Dr Adham merangkap Ahli Parlimen Tenggara ketika gimik pelancaran Program
ReDI Parlimen Tenggara di pekarangan pasaraya Song Mart, Bandar Tenggara/BERNAMA)

KOTA TINGGI, 2 Oktober- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) disaran, mempergiat Program Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) secara menyeluruh, bagi meningkatkan penggunaan digitalisasi dalam kalangan peniaga.

Ini bagi menggalakkan masyarakat bergerak seiring perkembangan arus teknologi, selepas 49% penduduk bandar di Asia Tenggara menerima pakai penggunaan E-Wallet, dan kadar itu diunjur mencecah 84%, menjelang 2025.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pendigitalan dapat mengurangkan kebergantungan pada wang tunai, selain menawarkan transaksi cepat,mudah dan selamat.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program ReDI dan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Parlimen Tenggara, di sini.

Menurutnya setakat ini, 85% peniaga di Bandar Tenggara, Kota Tinggi, menerima pendigitalan menerusi ReDI.

Bagi menyokong pelaksaan ReDI di bandar itu, kerajaan memperuntukkan RM8,500 bagi memberi insentif RM30 kepada peniaga dan RM20 kepada pengguna secara tanpa tunai.

"Kerana kita bimbang, sebelum ini penerimaan terhadap teknologi ini, tidak dapat dipakai di kawasan luar bandar, jadi dengan adanya inisiatif ReDI, kerajaan memungkinkan masyarakat membuat bayaran tanpa tunai, pembelian tanpa tunai, di mana-mana. Kalau boleh diperluas bukan sahaja di pasar raya tertentu," kata beliau.

(Datuk Seri Dr Adham dalam sidang media selepas merasmikan Pelancaran Program ReDI
dan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Parlimen Tenggara, Kota Tinggi)

Media Baharu