fb fb fb fb fb

Konsert Orang Kita meriahkan Hari Orang Asal Sedunia di Rompin

Antara persembahan sempena Konsert Orang Kita di Dewan Tan Sri Jamaluddin Jarjis, UNITEN Kampus Muadzam Shah, malam tadi

ROMPIN, 10 Ogos – Ribuan penonton membanjiri Dewan Tan Sri Jamaluddin Jarjis, UNITEN Kampus Muadzam Shah, malam tadi untuk menyaksikan Konsert Orang Kita sempena Hari Orang Asal Sedunia 2025.

Konsert anjuran RTM melalui AsyikFM itu disiarkan secara langsung di TV2, menarik kehadiran masyarakat Orang Asli sekitar Rompin dan Pekan, terutamanya suku Jakun dan Semai.

Persembahan pembukaan menampilkan artis komuniti seperti Busu Teras Ruai, Mellie Ng (Maria Mellie), GG Band dan Razak Sinar.

Suasana bertambah meriah dengan persembahan artis terkenal Datuk Nash, Bandi Amuk, Wani Hasrita dan Ani Maiyuni yang menyampaikan lagu-lagu hit mereka.

Konsert dikendalikan empat pengacara iaitu Azrul Zaidi, Nadia Hasnan serta penyampai radio AsyikFM, DJ Kathy dan DJ Nysa.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman, Pengarah Program Radio, Saifuzzaman Yusop, dan Pengarah Bahagian Program TV RTM, Reza Shariman Othman.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN