fb fb fb fb fb

Bantuan haji kepada para jemaah akan diteruskan

KELANTAN, 2 Oktober- Kerajaan masih berhasrat untuk meneruskan Bantuan Mengerjakan Haji kepada para Jemaah pada tahun hadapan walaupun berdepan peningkatan kos yang tinggi ketika ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, perkara itu merupakan keutamaan pihaknya walaubagaimanapun masih awal untuk diputuskan.


(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary)

Beliau berkata, sekiranya rakyat terus meberi sokongan dan dorongan serta prestasi kewangan Tabung Haji memberangsangkan, maka pihaknya akan meneruskan bantuan tersebut pada tahun akan datang.

“Itu adalah keutamaan kita, kita akan utamakan untuk meneruskan bantuan kewangan itu untuk mereka mengerjakan haji. Namun begitu kita akan datangkan dengan kesedaran supaya mereka yang berkemampuan membayar penuh kita bagi ruang untuk mereka yang bersedia membayar penuh tanpa bantuan.” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari
Sayyidatina Khadijah Parlimen Pengkalan Chepa di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), hari ini.

Program tersebut merupakan acara tahunan melibatkan semua parlimen di negeri itu bagi memperingati ketokohan dan juga mencontohi perjuangan isteri Nabi Muhammad.

Katanya, pada program itu seramai 200 orang penerima terpilih menerima bantuan secara one-off melibatkan keseluruhan peruntukan sebanyak RM200,000.

Mengulas lanjut, menurutnya, kos menunaikan Haji meningkat setiap tahun berikutan ia melibatkan tambang penerbangan, sewa penempatan dan nilai cukai tambah (VAT) Kerajaan Saudi meningkat iaitu 15 peratus.

Media Baharu