fb fb fb fb fb

716 program telah dilaksanakan LPPKN, perkasa institusi perkahwinan

CYBERJAYA, 2 Oktober- Sehingga September 2022 sebanyak 716 program telah dilaksanakan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk memperkasa institusi perkahwinan di negara ini.

Terbaharu Modul seminar 'SMARTSTART 2nd Honeymoon' dirangka dan disediakan bagi memberi manfaat kepada 28,712 peserta di seluruh negara.

Pengerusi LPPKN, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali berkata usaha kementerian itu adalah bagi membantu pasangan dalam suasana persekitaran perkahwinan yang semakin mencabar.


(Pengerusi LPPKN, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali)

"Kita tahu keluarga ini kalau sumber tidak menentu terutama seperti COVID-19, walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan nampak macam mudah, duduk serumah tetapi bila tiada pendapatan, ia sangat mencabar", katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian 'Seminar Smart Start Second Honeymen' LPPKN di Cyberjaya.

Beliau berkata pada tahun 2020 ketika wabak COVID-19 melanda dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula, Jabatan Perangkaan Malaysia mencatatkan negeri Selangor dengan bilangan kes perceraian yang tertinggi iaitu 8,939 kes, meliputi perceraian Islam sebanyak 7,402 dan bukan Islam pula sebanyak 1,537.

Dapatan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-5 juga menunjukkan lebih satu pertiga perkahwinan pertama berakhir dengan perceraian yang berlaku dalam tempoh kurang dari lima tahun perkahwinan.

Media Baharu