fb fb fb fb fb

Teknologi optik dan radar daripada satelit, kenal pasti kawasan potensi banjir

KOTA TINGGI, 2 Oktober - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bercadang menggunakan teknologi optik dan radar daripada satelit, bagi mengenalpasti kawasan berpotensi berlaku banjir di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, cadangan itu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Khamis ini.

Ia melibatkan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), bagi mengesan tompok lokaliti kawasan cenderung banjir, mengikut data-data diperoleh dalam tempoh sepuluh tahun lalu.

Dapatan yang diperoleh membolehkan persediaan awal menghadapi banjir dilakukan selain dapat mengenalpasti lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang sesuai.

(Dr Adham bercakap dalam sidang media, di sini)

" MYSA, atau pun Malaysian Space Agency, kita menggunakan data-data, kita panggil pencerapan data, mengikut pengalaman sepuluh tahun yang lepas, di mana lokasi banjir berlaku, dan kita membuat pemetaan, kita ada dua kaedah, pertama radar, kedua optik," kata Dr Adham di sini.

Kementerian juga bercadang menggunakan teknologi dron, bagi membantu usaha mengesan penduduk terjejas di lokaliti terpencil, dan kawasan terputus hubungan.


Media Baharu