fb fb fb fb fb

Perdana Menteri tunai solat Jumaat di Majlis Khaled Al Walid

(Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) berjalan
menuju ke Masjid Khalid Al-Walid bagi menunaikan solat Jumaat/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 27 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Majlis Khaled Al Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

Beliau yang berbaju melayu berwarna hijau, tiba di perkarangan masjid tersebut pada 1.15 tengah hari diiringi Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohammad Hassan, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Affendi Buang serta pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan.

Khutbah bertajuk Amanat Menhan Citra Murni Hasrat PM disampaikan oleh Mejar Jeneral Dato Mohd Rashidi Bujai, Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera.

Selesai menunaikan solat Jumaat, Perdana Menteri sempat meluangkan masa bersalaman dengan jemaah yang hadir. 


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat
di Majlis Khaled Al Walid, Kuala Lumpur/BERNAMA)

 

Media Baharu