fb fb fb fb fb

Cadangan projek tebatan banjir dipersembahkan kepada Sultan Johor

JOHOR BAHRU, 27 Januari- Cadangan projek tebatan banjir melibatkan tiga daerah di Johor dipersembahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Menerusi facebook baginda, tiga daerah terlibat ialah Segamat, Batu Pahat dan Kota Tinggi.

Terdahulu, Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad di Johor Bahru.

Projek tebatan banjir berkenaan akan segera dilaksana, sebagai usaha mengurangkan risiko banjir yang sering melanda beberapa daerah di negeri itu.

Pada pertemuan itu, Nik Nazmi turut mempersembahkan situasi banjir di Johor kepada Sultan Ibrahim.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Rosli Isa.


(Cadangan projek tebatan banjir di Johor dipersembahkan kepada
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar)

Media Baharu