KUALA NERUS, 8 November - Tiga kilang memproses sisa elektronik dan elektronik (e-waste) disita Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu tahun ini.
Turut dirampas, 3,300 tan matrik bahan itu yang diserah kepada agensi berlesen untuk diproses.
Pengarah JAS negeri, Hamzah Mohamad berkata pihaknya memandang serius isu berkaitan E WASTE yang menjadi antara punca pencemaran meskipun situasi di negeri itu masih terkawal.
"Hasil penguatkuasaan dan operasi yang berterusan, kita yakin bahan buangan sisa E-WASTE yang haram ini akan berkurangan.
"Selain itu program kesedaran yang giat dijalankan sedikit sebanyak menyuntik jiwa masyarakat untuk lebih bertanggungjawab dengan memastikan sisa E-WASTE di rumah dihantar ke premis pelupusan berlesan," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2025, peringkat Terengganu, di sini.