
KOTA KINABALU, 30 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu hari ini bagi mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sabah bersempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026.
- Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mustapha Sakmud dan pegawai kanan kerajaan.
- Beliau dijadual menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 di KDCA Penampang.
- Pesta Kaamatan bertema "Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian" menjangka menarik ribuan pengunjung dan menampilkan budaya serta pertandingan Unduk Ngadau.
Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat pada pukul 10.32 pagi di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum beliau meneruskan perjalanan ke Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Penampang.
Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud serta pegawai kanan kerajaan.
Perdana Menteri dijadual menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 yang berlangsung di KDCA.
Sambutan Pesta Kaamatan tahun ini membawa tema “Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian” dan dijangka menarik kehadiran ribuan pengunjung dari seluruh negeri.
Pesta Kaamatan ialah perayaan tradisi pesta menuai, diraikan oleh masyarakat di Sabah sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian lumayan, yang menampilkan pelbagai persembahan kebudayaan ikonik dan pertandingan ratu cantik tradisi Unduk Ngadau.