fb fb fb fb fb

Perdana Menteri lulus permohonan cuti dua menteri

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli (Kiri) dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad (Kanan) / BERNAMA

PUTRAJAYA, 28 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota kabinet daripada dua orang menteri.

Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan memaklumkan permohonan diterima daripada Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut kenyataan itu, setelah meneliti permohonan tersebut, Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan permohohan cuti kedua-dua menteri berkenaan.

Sebarang keputusan lanjut berkaitan perkara tersebut akan dimaklumkan kemudian.

Terdahulu, Datuk Seri Rafizi mengumumkan pengunduran daripada Jemaah Menteri berkuat kuasa 17 Jun dan akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga tarikh tersebut.

Sementara itu, pengunduran Nik Nazmi sebagai menteri akan berkuat kuasa mulai 4 Julai selepas bercuti dari 29 Mei hingga 3 Julai depan.

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI