fb fb fb fb fb

Perdana Menteri kongsi kesedihan tanah runtuh Bukit Permai


KUALA LUMPUR, 10 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsi kesedihan berhubung kejadian tanah runtuh yang berlaku di Ampang, petang tadi.

"Saya mendapat berita sedih mengenai kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, Selangor yang mengakibatkan empat mangsa dipercayai tertimbus.

"Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang melakukan kerja-kerja menyelamat dan berusaha mengeluarkan semua mangsa yang tertimbus.

"Sama-sama kita berdoa semoga mangsa-mangsa yang masih dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat,"katanya.

(Usaha mengeluarkan mangsa masih diteruskan)

Beliau berkata demikian dalam kemas kini di laman sosial, kira-kira pukul 9.30 malam tadi  

Dalam kemas kin Facebook itu juga, Ismail Sabri memuat naik empat keping gambar kejadian tanah runtuh berkenaan, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5,30 petang itu, 15 buah rumah mengalami kerosakan dan lima mangsa tertimbus dalam kejadian yang berlaku di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di sini.

Media Baharu