PUTRAJAYA, 4 Oktober - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah menghubungi sembilan lagi aktivis dan sukarelawan Malaysia di atas kapal Conscience dan TM Denmark Boat yang berada di tengah laut Mediterranean dan kini memasuki zon kuning.
Menerusi video yang dimuat naik di media sosial miliknya, beliau turut menyuntikkan semangat dan mendoakan agar perjalanan dan usaha mereka menuju Gaza dipermudahkan.
"Pengorbanan mereka dalam mengangkat prinsip kemanusiaan adalah contoh unggul buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya generasi masa depan, tentang erti keberanian, tekad, dan solidariti yang tuntas dan tegas" katanya.
Delegasi Malaysia diketuai oleh MyCare manakala, seramai 93 peserta dari 22 negara berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 september lalu.
Secara keseluruhan, misi ini melibatkan 150 peserta dari 25 negara termasuk sembilan delegasi Malaysia.