TAIPING, 4 Oktober - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak terus menurun kepada 135 orang daripada 40 keluarga setakat pukul 6.00 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi knyataan memaklumkan empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Larut, Matang dan Selama.
"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang menempatkan 54 mangsa daripada 16 keluarga, manakala 47 mangsa daripada 14 keluarga berada di PPS SK Matang Gelugor", menurut kenyataan.
Sementara itu, PPS SK Matang menempatkan 29 mangsa daripada tujuh keluarga dan PPS Dewan Serbaguna Taman Kaya pula menempatkan lima mangsa daripada tiga keluarga.