fb fb fb fb fb

Perbincangan bersemuka tangani percanggahan pendapat antara ulama

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan/Foto RTM

NILAI, 12 Jun- Pendekatan melalui proses tarbiah, dan perbincangan secara bersemuka berupaya menangani percanggahan pendapat antara golongan ulama.

Menurut Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, usaha itu digunapakai sekiranya berlaku perselisihan pendapat yang membabitkan golongan pendakwah.

"Pendekatan-pendekatan ini perlu diberi perhatian kerana pendekatan mendamaikan ini adalah yang terbaik.

"Namun begitu, sekiranya ada yang melanggar batasan yang menyentuh isu sensitiviti kita serahkan kepada pihak berkuasa", katanya demikian dalam sidang media selepas merasmikan ISRA Corner dan MySIF Blockchain di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini.

ISRA Corner merupakan inisiatif memperkasakan pengetahuan berkaitan sumber kewangan Islam melalui platform repositori digital manakala MySIF Blockchain adalah inovasi sistem kontrak pintar dalam usaha meningkatkan ketelusan proses pungutan dan pengagihan instrumen kewangan sosial Islam

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD