fb fb fb fb fb

Penyasaran subsidi diesel, pelaksanaan perlu untuk kekang ketirisan

Foto hiasan

KUALA TERENGGANU, 12 Jun- Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengakui pelaksanaan subsidi bersasar bahan api adalah perlu dalam usaha kerajaan mengekang ketirisan dan penyelewengan bahan bakar itu.

“Itu saya kata dari segi timing (masa) bagaimana untuk kita nak nilai timing yang tepat itu bila? Kita sedar mungkin satu masa subsidi diesel ini perlu dirungkaikan daripada kaedah lama kerana kebocoran atau tanpa disedari membiayai syarikat-syarikat yang tiada kena mengena dengan negara kita, orang luar di negara kita dan sebagainya,” katanya pada Majlis Persidangan Ketua-Ketua Jabatan Akademik di sini.

Pada masa sama Dr Ahmad Samsuri turut menekankan perkara utama adalah pelaksanaan penyarasan subsidi diesel itu diharap tidak membebankan rakyat.

“Tapi paling besar adalah bagaimana untuk mengurangkan kesan kepada rakyat. Itu yang saya rasa perlu diberi keutamaan sekarang ini,” tambahnya.

Ketika ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengambil tindakan serius terhadap pihak industri yang menaikkan harga perkhidmatan dan barangan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel itu menerusi Ops Kesan 2.0 yang bermula 8 Jun 2024 lalu.

Selain itu, pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dibuat serentak dengan bantuan tunai BUDI MADANI pada 10 Jun 2024.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI