fb fb fb fb fb

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu, selesai kemelut pelantikan PM

KUALA LUMPUR, 24 November - Lapan Raja-Raja Melayu selesai mengadakan perbincangan khas selepas bersidang selama dua jam bagi membincangkan isu pembentukan kerajaan baharu, di Istana Negara hari ini.

Mesyuarat berkenaan berakhir kira-kira pukul 1.00 tengah hari.

Sebelum itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berangkat pulang terlebih dahulu pada pukul 12.00 tengah hari.

Keberangkatan pulang Raja-Raja Melayu yang lain disusuli Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bermula pukul 1.00 tengah hari.

Seterusnya Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sallehuddin Sultan Badlishah, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pula berangkat pulang.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah merupakan raja terakhir yang berangkat meninggalkan istana sebelum pintu pagar utama istana negara ditutup pada pukul 1.10 tengah hari.


(Persidangan Raja-Raja Melayu yang berlangsung hari ini/Foto Istana Negara)

Media Baharu