fb fb fb fb fb

Lebih 500 penduduk terjejas banjir di Perak

(Foto fail)

IPOH, 24 November- Seramai 590 orang daripada 164 keluarga terjejas banjir di Perak membabitkan empat daerah iaitu Hilir Perak, Manjung dan Perak Tengah serta Larut Matang dan Selama.

Setakat pukul 4.00 petang, lapan pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak di daerah Hilir Perak menempatkan 140 penduduk daripada 35 keluarga.

Sementara itu, PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Beruas di daerah Manjung pula menempatkan 236 penduduk daripada 73 keluarga.

Manakala, 196 penduduk daripada 49 keluarga ditempatkan di PPS SMK Layang-Layang Kiri, SK Layang Layang kiri dan SK Titi Gantong dalam daerah Perak Tengah.

PPS Sekolah Agama Rakyat Shafie Batu Hampar di daerah Larut Matang dan Selama menempatkan 18 penduduk daripada tujuh keluarga.

(Foto fail)

Media Baharu