fb fb fb fb fb

Perbezaan amaun pencen veteran ATM dibincang dalam masa terdekat - JPA

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Perbezaan amaun pencen antara veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum 1 Januari 2013 dan yang bersara mulai 1 Januari 2013 akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, dalam masa terdekat.

Ia akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi kenyataan media pada Jumaat memaklumkan isu itu juga dihadapi semua pesara penjawat awam daripada skim perkhidmatan yang lain.

"Isu ini juga dihadapi oleh semua pesara penjawat awam dari skim-skim perkhidmatan yang lain. Justeru, perincian lanjut mengenai perkara ini akan dibincang bersekali dalam Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat.

"Kerajaan bersetuju mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan awam dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan tiadanya semakan gaji dibuat sejak 2012," menurut kenyataan itu.

(Foto Hiasan)

Kerajaan jelasnya sentiasa prihatin terhadap kebajikan pesara perkhidmatan awam yang telah menyumbang khidmat bakti dalam arus pembangunan negara.

Berita berkaitan
Bayaran pencen ikut amaun asal - PM

Media Baharu