fb fb fb fb fb

Tiga PATI diberkas

(Foto Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia)

PADANG TERAP, 14 Julai- Tiga Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Thailand dan Myanmar ditahan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, pada Khamis.

Kejadian berlaku di sektor kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan ketika kejadian pasukan yang bertugas sedang menjalankan operasi di Pos Pemerhati.

Mereka telah berjaya mengesan dan menahan suspek berusia 24 hingga 36 tahun yang ketika itu sedang menaiki dua buah motosikal dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berdekatan sempadan.

Hasil pemeriksaan mendapati dua suspek lelaki adalah warganegara Thailand manakala seorang lagi warganegara Myanmar.

Anggota polis bertugas telah merampas motosikal, sebuah telefon bimbit dan wang tunai dalam mata wang Malaysia dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM10,778.

Kesemua yang ditahan telah diserahkan di Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.

(Foto Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia)

Media Baharu