fb fb fb fb fb

Perbaiki capaian internet lemah di Kedah - MB

ALOR SETAR, 14 Julai - Capaian internet yang lemah terutama di luar bandar dikenal pasti antara aspek yang perlu diperkasakan agar mampu menjadi pemboleh ubah kepada aspirasi membangunkan sosioekonomi negeri.

Sehubugan itu, negeri Kedah tidak mahu jurang digital di antara bandar dan pinggir bandar serta luar bandar, menjadi penghalang kepada wawasan Pelan Pembangunan Kedah 2035.


(Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna Kedah, Datuk Romani Wan Salin)

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, melalui infrastruktur gentian optik bagi jalur lebar kelajuan tinggi yang disediakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membolehkan rakyat mendapat akses kepada internet berkelajuan tinggi pada harga yang berpatutan, seterusnya merapatkan jurang digital yang wujud antara kawasan bandar dan luar bandar.

Katanya, penduduk Sg. Petani, Kulim, Kuala Ketil, Mergong dan Aman Jaya adalah bertuah kerana mereka kini mempunyai akses teknologi dalam suasana cabaran Revolusi Industri 4.0.

Jesteru itu, beliau berharap mereka memanfaatkan kemudahan itu dengan sebaik-baiknya dalam urusan masing-masing, terutama yang boleh memberi nilai tambah dalam aspek ekonomi serta kesejahteraan kehidupan.

Ia cukup bermakna kerana projek ini membolehkan hampir 33,000 kediaman di Kedah dihubungkan dengan kemudahan capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi

Teks ucapan beliau dibacakan Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna Kedah, Datuk Romani Wan Salin.

Terdahulu Datuk Romani turut menyempurnakan upacara Perasmian Rangkaian Infrasruktur Gentian Optik Jalur LebarAllo Technology Peringkat Negeri
Kedah di sini.

Menurutnya, kemudahan infrastruktur yang disediakan, hadir tepat pada masanya, tatkala kerajaan negeri giat merealisasikan objektif mencapai kecemerlangan infrastruktur dan utiliti termasuk memperkasakan infrastruktur jaringan telekomunikasi dan digital bagi menyediakan kemudahan asas yang terbaik kepada rakyat.

Media Baharu