fb fb fb fb fb

Lelaki hilang di dusun durian ditemui lemah dalam gua

KANGAR, 14 Julai- Seorang lelaki yang dipercayai hilang sejak 8 Julai lalu di kawasan dusun durian di atas bukit Sungai Batu Pahat dijumpai dalam keadaan selamat.

Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Yusrizal Yusof berkata, mangsa ditemui berlindung di dalam sebuah gua dengan keadaannya yang lemah dan tidak bermaya.

Mangsa kemudian dibawa turun ke kaki bukit kira-kira pukul 4.45 petang dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah untuk rawatan lanjut.

"Operasi dihentikan kira-kira 5.30 petang tadi setelah pasukan mencari dan menyelamat menemui mangsa dalam keadaan selamat dengan mengalami kecederaan di beberapa anggota badan," katanya.

(Mangsa ditemui di dalam gua dalam keadaan lemah dan tidak bermaya)

Operasi yang bermula sejak 10 pagi semalam dan diteruskan pukul 9.30 pagi tadi melibatkan lebih 90 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jabatan Perhutanan Malaysia selain penduduk sekitar.

Media Baharu