fb fb fb fb fb

Perancis Tawar dos keempat vaksin COVID-19 kepada penduduk berumur 80 tahun ke atas

(Penduduk menerima suntikan vaksin COVID-19 di sebuah pusat vaksinasi di Kelab Golf Grim Dyke di barat laut London-AFP)

LONDON, 13 Mac - Perancis menawarkan dos keempat vaksin COVID-19 kepada penduduk berumur 80 tahun ke atas yang sudah mendapat dos penggalak lebih tiga bulan lalu.

Perdana Menteri, Jean Castex berkata, mereka juga tetap disyorkan supaya terus memakai pelitup muka meskipun pelbagai sekatan telah dilonggarkan.

(Foto fail/AFP)

Negara-negara Eropah pada 7 Mac lalu menggugurkan penggunaan pas vaksin untuk memasuki ruang awam seperti pawagam dan restoran.

"Namun, ia masih diperlukan untuk masuk ke hospital atau rumah penjagaan warga emas,"

Perancis kini merekodkan jumlah jangkitan COVID-19 melepasi 23 juta kes dengan lebih 140,000 kematian," katanya -AFP

Media Baharu