fb fb fb fb fb

Kekurangan pekerja, kekangan restoran beroperasi 24 jam

KUALA LUMPUR, 12 Mac- Meskipun gembira dengan keputusan kerajaan memaklumkan negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik’ serta kebenaran pengoperasian premis tanpa had masa, namun terdapat peniaga yang belum bersedia untuk beroperasi 24 jam walaupun ia diakui satu inisiatif yang baik khususnya terhadap golongan usahawan untuk membangunkan semula perniagaan masing-masing yangyang suram sepanjang wabak COVID-19 melanda.

Had waktu operasi premis perniagaan yang dimansuhkan bermula 1 April ini seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sememangnya ditunggu-tunggu pengusaha restoran terutamanya menjelang Ramadan ini.

Namun, menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali, kebanyakan ahli-ahlinya belum bersedia untuk beroperasi 24 jam atas faktor kekurangan pekerja.

"Kalau boleh buat masa terdekat ni, permudahkan kemasukan pekerja asing yang balik bercuti, kelulusan yang sedia ada, kami dah ada kelulusan yg sedia ada.

"Ada di antara kami yang telah membayar RM5,000 levi tetapi masih belum dapat bawa masuk dalam tempoh 2 tahun lalu semasa pelaksanaan perintah kawalan ergerakan (PKP).

"Ada juga yang sudah bayar levi untuk perlanjutan tempoh sahaja itu pun sudah hampir 2 bulan masih menunggu keputusan, apapun kami terus menunggu, moga ada cahaya di hujung terowong," katanya.

(Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali ketika ditemu bual Berita RTM)

Sementara itu, peniaga, Zafrina Burukan berkata, walaupun keputusan membenarkan pengoperasian tanpa had masa adalah satu langkah baik memulihkan perniagaan, beliau berkata, perancangan lebih teliti perlu bagi memastikan kelancaran membabitkan semua aspek.

"Satu tindakan yang bagus untuk pelanggan dan pengusaha restoran, tapi kita tidak boleh membuat perancangan secara mendadak terhadap staf sbb kami kekurangan pekerja buat masa ini, jadi kalau kita ikutkan waktu masa memng sesuai bagi operasi semasa Ramada , ramai orang mahu makan sahur nak makan sahur, tetapi halangannya tidak cukup pekerja," katanya kepada RTM.

Tambahnya, walaupun kelonggaran telah diberi, Prosedur Operasi Standard (SOP) terhadap pekerja dan pelanggan tetap diutamakan.

“Apapun, dengan kelonggaran yang diberikan ini, diharap Keluarga Malaysia dapat terus mengekalkan SOP asas seperti pemakaian pelitup muka bagi menjamin keselamatan dan kesihatan semua pihak,” katanya.

Media Baharu