fb fb fb fb fb

SPR serah keputusan rasmi PRU Dewan Negeri Johor ke-15 kepada Istana Johor

(Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh menyerahkan keputusan rasmi PRU Dewan Negeri Johor Ke-15 kepada Istana Johor)

JOHOR BAHRU, 13 Mac -Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyerahkan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor ke-15 kepada Istana Johor.

Keputusan rasmi itu diserahkan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dan diterima oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

(Foto Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga DiRaja Johor)

Hadir sama ketika penyerahan Pengarah SPR Negeri Johor, Nor Nekman Jaimon.

Keputusan PRU Dewan Negeri Johor ke-15, menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi Dewan Negeri, seterusnya membentuk kerajaan baharu.

Antara yang berjaya mengekalkan kerusi masing-masing, Ahli Dewan Negeri Benut Datuk
Hasni Mohamad, Dewan Negeri Kahang R.Vidyananthan, Dewan Negeri Panti Hahasrin Hashim dan Dewan Negeri Seri Medan Datuk Zulkurnain Kamisan.

BN juga berjaya memenangi semula kerusi Dewan Negeri yang ia tewas dalam PRU Dewan Negeri ke-14 lalu, termasuk di Paloh menerusi calonnya Lee Ting Han; Semerah, Datuk Ariss Samsudin dan Tiram, Azizol Bachok.

 

Media Baharu