fb fb fb fb fb

Perak terima RM22 juta daripada KPKT

(FOTO RTM)

IPOH, 1 Julai-Sejumlah RM22 juta peruntukan diluluskan kepada negeri Perak menerusi bawah Program Sentuhan Kasih KPKT.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata peruntukan tersebut meliputi kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan dan baik pulih di empat buah bangunan pangsapuri di sekitar Ipoh.

"Peruntukan ini merangkumi tempat meletak kenderaan di Ipoh, Old Town, Rumah pangsa Ashby, Sri Kepayang, Fair Park dan juga Kinta Heights.

"Terdapat lagi permohonan daripada MBI (Majlis Bandaraya Ipoh) untuk bangunan dicat baharu. KPKT akan mempertimbangkan permohonan berkenaan", katanya dalam satu sidang media sempena lawatan kerja di sini.

Turut hadir pada lawatan itu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.


(Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming)

Media Baharu