fb fb fb fb fb

Kes pelajar dikurung dalam sangkar selesai - Fadhlina

NIBONG TEBAL, 1 Julai- Kes kanak-kanak lelaki Tahun 1 yang dikurung dalam sangkar di sebuah sekolah di Negeri Sembilan, telah berjaya diselesaikan dengan baik.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata penyelesaian dicapai selepas perbincangan antara ibu bapa pelajar terbabit dengan pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

"Alhamdulillah kes ini telah pun selesai...di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan juga sudah ada, penyelesaian yang baik di antara sekolah dan ibu bapa.

"Jadi sebagaimana yang saya sebut sebelum ini, maknanya kes ini telah diuruskan dengan baik di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri, jadi kita anggap telah selesai," katanya.

(Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Qurban Perdana Nibong Masjid Jamek Al Huda Sungai Bakau, di sini hari ini.

Sebelum itu tular, seorang pelajar berusia 7 tahun didenda guru lelaki kerana kesalahan disiplin dengan mengurungnya di satu ruangan besi.

Ia merupakan ruangan pameran Persatuan Pencegahan Dadah Sekolah, berbentuk seperti sangkar besi.

Media Baharu