fb fb fb fb fb

Inovasi sembelihan korban jimat masa dan tenaga

(FOTO RTM)

LABUAN, 1 Julai-Jawatankuasa Masjid Sultan Muhammad V, Labuan memperkenal inovasi pelaksanaan ibadah korban bagi membolehkan kerja penyembelihan lembu lebih efisien, selamat dan bersih.

Sistem inovasi itu turut mengurangkan tenaga kerja dan risiko kecederaan petugas, serta menjimatkan masa.

Penyelaras Program, Mohd Hafizi Ismail berkata, sistem inovasi itu telah diguna pakai pada tahun lalu, bagi memudahkan pelaksanan ibadah korban lebih efisen, bersih dan patuh kepada syariah yang telah ditetapkan.

"Tempat inovasi pertama ialah kandang lembu dan tempat sembelihan yang tidak menggunakan tenaga ramai.

"Keadaan itu menyebabkan lembu tidak berada dalam tekanan dan memudahkan kita melakukan penyembelihan", katanya ketika ditemu di sini.

80 petugas menjayakan program ini dengan lapan ekor lembu dikorbankan.


(Penyelaras Program, Mohd Hafizi Ismail)

Media Baharu