fb fb fb fb fb

Maik korban 51 ekor lembu, diagih kepada 2,500 asnaf

KOTA BHARU, 1 Julai- Sebanyak 51 ekor lembu dikorbankan sempena Majlis Ibadat Qurban Jama’ie Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Muhammad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, sebanyak 2,500 golongan asnaf akan menerima agihan daging korban tersebut.

Setiap asnaf akan menerima sebanyak 2 kg (kilogram) daging termasuk tulang yang akan disampaikan melalui pihak masjid.

"Sebagaimana lazimnya tiap-tiap tahun Maik mengadakan acara korban bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, Alhamdullah kali ini pihak Maik menerima 51 ekor lembu untuk diagihkan kepada 2,500 asnaf, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ibadat Qurban Jama’ie MAIK, di Panji, Kota Bharu  hari ini.


(Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Muhammad Rizam Tengku Abdul Aziz)

Terdahulu, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid turut berkenan menyaksikan penyembelihan tiga lembu korban.

Baginda berdua meluangkan masa kira-kira 40 minit bersama-sama hampir 500 penduduk pada majlis ibadah korban itu sebelum berangkat pulang, pada pukul 9.40 pagi tadi.

Media Baharu